Hello semua...haaaa korang semua dah faham mcm mana kitaran air kan? okay, sekarang mari kita renungkan apa akan terjadi kalau air kita tercemar? Pencemaran air boleh berlaku banyak sebab, antaranya sungai yang tercemar, pembuangan sisa kilang dan toksik ke sungai, tumpahan minyak kapal di laut dan sebagainya. Kalau pencemaran air ini berlaku, kita semua pasti mendapat bencana. Okay mari kita lihat apa akan berlaku sekiranya air di muka bumi ini tercemar...
1) hidupan akuatik akan mati dan pupus
haaaa, kesian kan..ikan-ikan semua dah mati sebab pencemaran air yang berlaku di sungai atau laut. Ikan-ikan ini bukan sahaja mati, tetapi juga telah menjejaskan pendapatan para nelayan untuk mencari rezeki :(
2) Air sudah tidak selamat lagi untuk diminum
haaaa tgk tu, bila air sudah tercemar, ia sudah tidak selamat untuk diminum tau. Air yang tercemar mungkin mengandungi bahan beracun yang mengakibatkan cirit birit dan juga boleh membawa maut
3) Menjejaskan keindahan persekitaran
Bila air sungai atau air laut sudah tercemar, ini telah mencacatkan pemandangan persekiran semulajadi kita. Haaa kalau persekitaran kita dah tercemar, siapa nak datang melawat negara kita? tentulah akan menjejaskan kedatangan pelancong asing ke negara kita kann
Jadi, kat sini...jelas lah kan kepada kita bahawasanya jika kita tidak menghargai kewujudan air di muka bumi, maka kehidupan manusia juga akan terganggu. Olekh itu, mari lah semua kita sama-sama beratnggungjawab terhadap sungai kita. Kalau kita yang tidak menjaga nya, siapa lagi ye dak kawan-kawan? Tepuk dada tanya selera!
olekh???? cuba check typo error tu sket... hahahahaha...
ReplyDelete