Hello semua...haaaa korang semua dah faham mcm mana kitaran air kan? okay, sekarang mari kita renungkan apa akan terjadi kalau air kita tercemar? Pencemaran air boleh berlaku banyak sebab, antaranya sungai yang tercemar, pembuangan sisa kilang dan toksik ke sungai, tumpahan minyak kapal di laut dan sebagainya. Kalau pencemaran air ini berlaku, kita semua pasti mendapat bencana. Okay mari kita lihat apa akan berlaku sekiranya air di muka bumi ini tercemar...
1) hidupan akuatik akan mati dan pupus
haaaa, kesian kan..ikan-ikan semua dah mati sebab pencemaran air yang berlaku di sungai atau laut. Ikan-ikan ini bukan sahaja mati, tetapi juga telah menjejaskan pendapatan para nelayan untuk mencari rezeki :(
2) Air sudah tidak selamat lagi untuk diminum
haaaa tgk tu, bila air sudah tercemar, ia sudah tidak selamat untuk diminum tau. Air yang tercemar mungkin mengandungi bahan beracun yang mengakibatkan cirit birit dan juga boleh membawa maut
3) Menjejaskan keindahan persekitaran
Bila air sungai atau air laut sudah tercemar, ini telah mencacatkan pemandangan persekiran semulajadi kita. Haaa kalau persekitaran kita dah tercemar, siapa nak datang melawat negara kita? tentulah akan menjejaskan kedatangan pelancong asing ke negara kita kann
Jadi, kat sini...jelas lah kan kepada kita bahawasanya jika kita tidak menghargai kewujudan air di muka bumi, maka kehidupan manusia juga akan terganggu. Olekh itu, mari lah semua kita sama-sama beratnggungjawab terhadap sungai kita. Kalau kita yang tidak menjaga nya, siapa lagi ye dak kawan-kawan? Tepuk dada tanya selera!
Monokotiledon
Thursday, 13 September 2012
Tuesday, 11 September 2012
Kitaran Air
Apa itu kitaran air? Jawapannya mudah saja...Kitaran air menerangkan kewujudan dan pergerakan air di permukaan bumi, dalam bumi dan juga di atmosfera bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk. Dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah terjadi berjuta-juta tahun dahulu dan tanpa kitaran air ini, mungkin air tidak akan wujud lagi pada hari ni..Gambar dibawah menunjukkan secara ringkas mengenai kitaran air di bumi kita...
Secara ringkasnya, Kitaran air tiada titik permulaan. Tetapi tempat yang paling baik untuk memulakan kitaran ialah lautan. Matahari yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap kedalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap keatas atmosfera dimana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap terpeluwap menjadi awan. Arus udara akan memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan awan-awan akan berlaga, berkembang besar dan akan jatuh sebagai titisan air-hujan. Sebahagian nya akan jatuh sebagai salji jika suhunya amat sejuk.
Amacam, jelas tak? okay, okay...kalau nak jelaskan lagi mengenai kitaran air ni, layan video ini
Haaaaaa, jelas tak macam mana kitaran air terjadi. Kita sepatutnya bersyukur kepada tuhan yang maha kuasa mengaturkan kitaran air ini. Jadi sebagai tanda bersyukur, mari lah kita semua menghargai kewujudan air ye kawan-kawan! mari sama sama jerit 'We Love Water, hip hip Hooray!'

Air Nadi Kehidupan
Air.....kamu orang tau apa itu air? dalam english kita paggil dia 'water'. Bagi yang duduk di negeri utara tanah air, mereka cukup sinonim dengan perkataan 'ayaq' dan kawan-kita yang berasal dari Perak pula sebutan nya berbunyi 'ayor'. Apa pun, air ini sangat penting dalam kehidupan kita. Ye dak? Mana tak penting nya kawan-kawan. Senang cerita semua benda la kita guna air. Nak makan kena basuh tangan guna air, kalau sudu, nak kena basuh pulak sudu tu. Nak solat, kena guna air untuk berwudhu'. Cuba korang bayangkan, kalau air dah tak ada kat dunia ni, apa jadi? Tak ke berbau kita semua! ha ha.. Gambar kat bawah ni ada menunjukkan kita pasal kepentingan air.
So, kat sini air amat penting dan dinaggap nadi dalam kehidupan. Manusia memerlukan air untuk;
- Minum
- Mandi
- Basuh baju
- Memasak
- Cuci basikal
- Siram pokok bunga dan lain-lain
Haaaaaa, itu lah antara kepentingan air dalam kehidupan kita. Seterusnya, kawan-kawan tahu tak mana datangnya air ini, adakah air ini akan habis atau tak akan habis sampai bila-bila? Kalau nak tahu lebih lanjut, meh le baca entry seterusnya yo!
Prakata
Holaaa everybunnies......
Ini merupakan blog pembelajaran yang pertama yang saya akan tulis dan merupakan blog pertama yang bakal diriliskan dalam hidup saya. Untuk entry yang pertama ini, saya akan ceritakan sedikit sebanyak kandungan blog ini. Blog ini di dutulis atas atas dorongan dan inisiatif saya sendiri sebagai guru pelatih yang sedar akan kepentingan teknologi dalam membantu pembelajaran murid serta juga pengajaran guru secara amnya. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dalam kalangan murid di sekolah rendah mengenai topik-topik matapelajaran sains. Blog ini akan sedikit sebanyak membantu murid dari segi informasi dan input berkaitan dengan dunia sains. Bagi yang bosan baca buku teks dan nota-nota tu, mehla try baca blog pulak. Manatau lagi best! Nak tahu apa yang bestnya pasal blog ni?? Mari kita sama-sama tengok apa yang ada dalam entry seterusnya. Ini bukan blog picisan, ini blog intelektual yo! ajak kawan-kawan, abang, kakak, papa, mommy dan pakcik makcik kampung sama baca tulisan ini. hehe...Enjoy reading!

Subscribe to:
Posts (Atom)